Kesan Kekurangan Makanan Seimbang



  Kesan Gizi yang tidak seimbang   
          
Gizi yang tidak seimbang boleh menyebab pelbagai masalah kesihatan. Seseorang yang mengambil gizi yang tidak seimbang untuk suatu tempoh yang lama akan mengalami malnutrisi. Malnutrisi ditakrifkan sebagai kekurangan nutrien tertentu dalam makanan. Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi, dan riket.
Di Afrika Timur, malnutrisi disebabkan oleh makanan asas yang terdiri daripada ubi, jagung, dan pisang. Lebih daripada separuh kematian bayi (antara umur 1 – 4 tahun) di negara kurang maju disebabkan oleh penyakit kwasyiorkor. Penyakit ini berpunca daripada kekurangan protein. Pesakit kwasyiorkor mempunyai gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak yang terencat, kehilangan selera makan, badan lemah, dan mungkin membawa maut.
          Selain itu, kekurangan vitamin dan garam mineral juga menimbulkan pelbagai kesan dan penyakit. Sebagai contoh, kekurangan vitamin C dalam gizi boleh menyebabkan penyakit skurvi. Seseorang yang menghidap penyakit skurvi biasanya lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas. Gusinya membengkak dan mudah berdarah.
            Pengambilan garam yang berlebihan dalam pemakanan boleh menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Ini menyebabkan tekanan darah tinggi yang merupakan faktor utama untuk serangan sakit jantung dan strok.
Makan terlalu banyak boleh menyebabkan pertambahan berat badan, iaitu kegendutan. Seseorang dikatakan mengalami kegendutan apabila berat badannya adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya. Kegendutan sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit lain seperti darah tinggi, diabetis melitus, dan kanser kolon.
       Penyakit diabetis melitus, atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis, dialami apabila aras glukosa yang berlebihan daripada julat normal terdapat dalam darah. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan badan kekurangan hormon insulin yang diperlukan untuk menukarkan glukosa berlebihan kepada glikogen di hati.
        Osteoporosis ialah keadaan apabila berlakunya pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi. Kekurangan kalsium ini menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh serta mudah patah terutamanya di bahagian pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang. Jika seseorang memakan makanan yang kaya dengan lemak secara berlebihan, terutama daripada jenis lemak tepu seperti lemak haiwan, tahap kolesterol dalam darahnya akan meningkat. Kolesterol yang berlebihan akan terenap pada dinding arteri dan menyempitkan salur darah. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat dan akhirnya membawa kepada sakit jantung dan strok. Kajian juga menunjukkan gizi yang mengandungi lemak haiwan yang banyak dan serabut yang sedikit boleh menyebabkan penyakit kanser.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penerangan Piramid makanan





Kepentingan Pemakanan Seimbang dan Senaman

             Pada masa kini ramai antara kita yang tiada masa dan terlalu sibuk dengan aktiviti harian. Kehidupan serba pantas masa kini memaksa kita untuk melakukan segalanya dengan segera termasuk makan. Pengambilan makanan segera dan tidak seimbang mampu membuatkan badan terdedah dengan bahan merbahaya.

            Menurut Dr Rajbans Singh, Pakar Kesihatan Pusat Perubatan Pantai, penjagaan kesihatan perlu diutamakan sejak usia muda kerana kesihatan merosot disebabkan beberapa perkara. Antaranya, gaya hidup, tabiat pemakanan dan tidak bersenam.
Semua orang mengetahui makan makanan yang seimbang dan bersenam sangat penting untuk kesihatan. Tapi, kesibukan melakukan aktiviti seharian membataskan anda untuk mendapatkan diet yang seimbang dan melakukan aktiviti beriadah seperti bersenam.
Akibatnya kita berhadapan dengan pelbagai penyakit melalui gaya hidup yang tidak seimbang tersebut. Ia disebabkan badan kita tidak menerima vitamin dan mineral yang secukupnya untuk keperluan tubuh kita. Dr Rajbans Singh juga menyarankan kita agar mengambil makanan tambahan seperti multivitamin.

             Pemilihan produk yang berasaskan multivitamin banyak terdapat dalam pasaran tempatan. Tapi pilihlah produk yang menggabungkan multivitamin dan multimineral agar ia melengkapkan lagi keperluan tubuh kita.



SENAMAN MERUPAKAN AKTIVITI YANG MENCERGASKAN MINDA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Langkah Pengajaran

Langkah 1

a)  Guru menunjukkan beberapa jenis gambar makanan 
b)  Murid-murid menamakan makanan tersebut dengan berpandukan jawapan murid, guru    
     menerangkan bahawa makanan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan iaitu, protein,   
     karbohidrat, vitamin, lemak, garam galian dan sebagainya.

Langkah 2
a)  Guru menunjukkan piramid makanan kepada murid dan menerangkan tentang piramid makanan
b)  Guru bersoal jawab tentang piramid makanan yang  telah dilihat.
c)  Guru meminta murid-murid melukis piramid makanan dan melabelkannya.






Langkah 3

a)  Guru memainkan lagu animasi makanan seimbang.
b)  Guru besoal jawab tentang lagu animasi yang telah diperdengarkan.

c)  Guru menyuruh murid dalam kumpulan menyenaraikan makanan yang berkhasihat untuk badan. 




Langkah 4

a)  Guru meminta setiap murid menulis 5 ayat tunggal dengan menggunakan perkataan yang telah 
     dibincangkan dalam kumpulan masing-masing.  menunjukkan piramid makanan kepada murid  
     tentang piramid makanan 

b) Murid-murid menulis ayat tunggal dengan kemas dan cantik dalam buku latihan.



Penutup


          Membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid tentang apa yang telah pelajari. Seterusnya menonton video clip




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pelajaran Harian

BAHASA MELAYU TAHUN 2
Tema  :   Badan Sihat Minda Cerdas

Tajuk  :   Makanan untuk kesihatan
Isi Kandungan      :  Ayat tunggal
Fokus Utama  :       8.1      Membina dan menulis perkataan,     
                                ayat tunggal dan ayat majmuk.
Fokus sampingan  :  5.1     Membaca kuat  perkataan dan ayat   
                                 dengan sebutan dan  intonasi yang betul dan   
                                 memahami perkataan yang dibaca
 Hasil Pembelajaran
Pada akhir Pengajaran dan pembelajaran setiap murid dapat:
i) Menulis 5 perkataan dengan betul dengan tulisan cantik.
ii)   Menulis 5 ayat tunggal dengan menggunakan perkataan yang diberi. 

Set Induksi 
a)  Guru menayangkan slaid lagu berkaitan dengan  makanan.
b)  Murid-murid mendengar dan melihat slaid yang  ditayangkan.

 
c) Guru menyoal murid berkaitan dengan lagu tersebut.
d) Dengan berpandukan jawapan murid guru akan menjelaskan tajuk aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAKANAN SEIMBANG

                               

           Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga
adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan
Protein ada
lah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS